Tuesday, September 11, 2012

Resepi Kuah Kacang

Assalam semua, ni resepi kuah kacang yang sering suamiku minta tiap kali raya menjelma. Actually tak de ikut sukatan pun bab memasak ni. Oleh kerana dah snap pic ni...rasanya sesuai sekali kalau adanya resepi kan. Ok lah...ni resepi dari http://zachoes.blogspot.com ...tapi saya punya lain sedikit..sebab letak daging cincang sekali. So kuah kacang lagi manis dan lemak rasanya.


Bahan:
400g @ 3C kacang tanah, ditumbuk sampai halus (ku guna about 1C - 1 1/2C kacang tanah bersama kulitnya, separuh blend halus separuh lagi blend kasar sikit)

Bahan kisar:
5-10 biji cili kering (ku guna dalam 3-4 biji cili kering yang besar)
4 ulas bawang putih (ku guna 2 ulas)
1 bawang besar (ku guna 1/2 bawang besar merah. Jenis bawang besar merah kuahnya lagi manis berbanding warna bawang yang berwarna kuning)
4 hiris halia (ku guna 1cm lebih kurang)
4 hiris lengkuas 
1 senduk minyak (ku guna dalam 1/8C)
*1 batang serai (ku tak letak dalam bahan kisar tapi ketuk hujung serai dan masuk masa tumis)

Bahan perasa:
1/2C gula perang (ku guna 1/4C)
1/2C gula pasir (ku guna 1/4C)
2sb asam jawa @ 1 asam keping (ku guna agak-agak 1/2sb asam jawa yang dicampur sedikit air)
1200 ml air (ku guna dalam 600-1000ml air, bila kering je letak air sampai betul-betul pekat)
2sb gula pasir (tak letak)
2sb garam (secukup rasa)
tambahan...ialah daging cincang. Suka hati lah nak letak banyak mane pun.. :)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak (bukan yang dikisar sekali dengan cili tapi minyak lain, lebih kurang dalam 2sb). Masukkan bahan kisar (dan serai kalau tak diblend sekali tadi). Masak sampai wangi.
  2. Masukkan kacang tumbuk, masak 5min sambil dikacau-kacau.
  3. Masukkan separuh air, masak sambil sekali-sekala kacau selama 1jam (ku masak 30min untuk separuh adunan).
  4. Masukkan selebih air, masak lagi selama 1jam atau hingga pekat (ku masak 30-60min kalau separuh adunan. Tambah air kalau kuahnya kering tapi masih belum masak/pekat).
  5. Masak hingga pecah minyak (kuah akan kelamaan bertukar dari perang kepada merah, kemerahan bergantung kepada berapa banyak cili yang digunakan).
  6. Masukkan gula pasir, gula perang, asam jawa/keping dan garam hingga secukup rasa. Tambah lagi gula kalau tak cukup manis.
  7. Tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment