Wednesday, July 31, 2013

Juadah Hari Raya

Hari raya bakal menjelma. Pasti ramai yang sibuk membeli belah dan ibu-ibu pulak sibuk buat biskut atau kek kegemaran. As for myself, rumah masih tak berkemas lagi. Hopefully I'll managed to clean it up before this Sunday. Why not Saturday?...mmm sebab nak buat Wajik with my mom. My all time favourite.

Cakap pasal raya ni...what do you normally serve for guest that comes to the your house? Rasanya when it comes to Malaysian....our WAJIB ingredient for any dishes are.....Minyak, Santan, Gula. I am not againts any of those ingredients..mind you...I bake. hihi. Tapi rasanya kan...after few houses ...badan mula terasa berat dan tak bermaya. Yup...the fat starts to kick into the blood vessel.
Macam orang orang dulu...I think it is ok for them to have food yang berlemak ni...lagi pun rumah ada tanah luas untuk bercucuk tanam. Badan sentiasa sihat dan panjang umur. Unlike we here...I mean....myself...exercise is basically in my house. Turun naik...depan belakang. Peluh pun tak keluar..unless I have to chase my son to get him to shower. lol. 

Oh yeah....about the food for raya....my husband dah tanya what to serve for raya....and I said...I have no idea because I actually want to serve something light for my guest tapi rendang insyaAllah ada jugak kot?
Ok ok...here are some of the food for me to share with you... What do you think ? 
Ni masakan korean, daging di bungkus dengan lettuce. I am thinking...maybe we should eat our rendang like this as well? What do you think? ( pic from lifewiththecrustcutoff website)

Fruit tart as a dessert? (pic from hdwallpaperspic website)

Soto Ayam (pic from Mat Gebu website)

Thai wrap....hidangkan dengan kuah kacang. Inti wraps mengandungi lobak merah, timun, udang  dll.
(pic from thai-fresh.com)

Satay Buah? Tembikai, Jambu air, Epal, Nangka, Nenas boleh di gunakan.
(pic from thedivineaddiction website)
Well...I think I know what to serve now. Oh yeah...jangan lupa tentang air juga ye. Instead of cordial...try something fresh. Fresh squeeze fruits juice. I may not be right...tapi sekurang kurangnya badan pun tak terasa berlemak sangat untuk raya tahun ni. Selalunya bahan bahan yang sihat ni mahal sikit...tapi elok untuk kesihatan. Bil hospital pun tak lah mahal nanti. ..bubye. Assalam.







Saturday, July 27, 2013

Biskut biskut raya

chocolate chip dough

Alhamdulillah sekarang ni in the making to finish my chocolate chip cookies for raya. Suprisingly lepas check list yang di order I am short of 28 boxes. Nak tak nak kene siapkan jugak and I am lucky because my cousin willing to help me bake. 

Actually I have something to share here about my life...sometimes I get remarks saying how lucky I am that I have so much ample time in my hand because I am a housewife. Mind you...I am not 100% a housewife. I am a baker plus a housewife, a mom, a daughter, a daughter in law, a sister and a sister in law. I get funny ( more like ayat perli)  remarks as if I live in a fairytale world and as if I don't do work and simple duduk lenggang kangkung mak limah. Seriously...and yes seriously I get offended by it because I  work hard to where I belong ...either in relationship nor my baking. 

Please learn and train yourself to appreciate every single things in life and from there InsyaAllah tiada lah perasaan hasad dengki pada orang tak tentu pasal. 

Life is never easy, you have to work everything single day. Don't compare your life with other people because they have sets of problems too. My life and yours are not the same but always make the best out of it. When you are grateful with what you have...you will feel happy,  smile more and positive energy will surround you. Positive vibes works the best. 

If you find life is too hard..of course we there is Allah SWT to turn too but you can make changes in life as well. Change is always good...especially positive changes. Learn not to complain and if you do...as yourself what do you get by complaining to comparing your life with others? Actually tak de kepentingan pun kecuali diri sendiri nak menjadi orang yang lebih berjaya. Kalau setakat memperli kerana iri hati...hentikan lah...kerana diriku hanyalah manusia biasa. 

More chocolate chip dough
More to go. 
Just to share with you my samperit labeling. Simple je. :)
More samperit and chocolate chip to come. Alhamdulillah. 

Thursday, July 25, 2013

Samperit Lagi


Samperit lagi. Somehow I kind of like baking this cookie. Theraputic pun ye. At first I didn't feel like selling cookies this coming raya as I am still in my recovering period but it feels empty when you just sit and do nothing. Finally few days before puasa, I decided to sell biskut raya. Hope everything goes well. InsyaAllah ...I will finish my cookies on time.



I have not print out the label for my cookies. Will share with you once done. Byeeeeee




Wednesday, July 24, 2013

Chocolate Chip

Yup..semalam memang flat...but towards the evening sempat jugak buat cookies ni. Just to try out the recipes. I love chocolate chip cookies...paling enak yang lembut texturenya. Tapi rata rata semua Malaysia sukakan biskut crunchy ala famos amos. Maybe because since childhood kita dah di expose with that type of cookies kot? Anyways...here are the recipes. Recipes from blog maribermaindidapur.


(my cookies didn't turn up to be like hers sebab cookie dough tak lama di sejukkan dalam peti ais. However I still love it but prefer with less sugar). 

Almost Famous Amos Cookies
115 gr butter, cold and cut into cubes
100 gr caster sugar
90 gr brown sugar (50 gram is enough)
1 egg
1/2 vanilla extract
100 gr oats, grind to a fine powder, sieved
125 gr plain flour
1/4 tsp salt
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
150 gr almond, coarsely chopped
150 gr milk chocolate chips
90 gr milk chocolate bar, finely grated

direction:

  1. cream butter and sugar in a large bowl until light and fluffy.
  2. add in egg and vanilla, beat until well combined.
  3. add in flour, salt, oat powder, baking soda, and baking powder. mix until just combined. do not overmix as the cookies may become hard in texture.
  4. add the chocolate and nut mixture, mix until just combined.
  5. leave the dough in the fridge for about 20 minutes.
  6. preheat the oven to 180 degree C.
  7. lay a baking paper on the cookie sheet.
  8. take about 1/2 tsp each of the mixture and put on the cookie sheets. leave the dough ball stay high so that it will become crunchier.
  9. bake for about 10 minutes.
  10. return the remaining dough to the fridge while waiting for the batch to come out from the oven.
  11. cool on the cooling tray.
  12. store in airtight container.

Biskut / Kuih Malaysia?


Morning peeps!..I have something to share with you guys. Yesterday memang totally exhausted since I didn't eat much during Sahur. Seharian terasa amat lapar and there goes my baking session yang kononnya nak bake sampai 4 batches. Teramat dasyatnya sampaikan suami yang masak for berbuka. Alhamdulillah.

While waiting for break fasting, I decided to surf the net and look for the history of our kuih raya. Biskut Raya Malaysia. To my amazement, some of our cookies are actually not a local recipes but overseas. Currently yang teramat famous bak kata kawan ku ialah The rainbow cats tongue cookies. hihihi. Amazingly this cookies dah lama ada di pasaran. Ada yang locally made, di kedai cina yang jual biskut dalam tong and internationally ada yang dah di pack in such an exclusive packaging. You can find this in high end supermarket in kl. The only different is the cookie is not rainbow in colour. =)


There are few more kuih and biskut raya yang kita dah perbaharui namanya.
pizalles (pic from allrecipes)
Biskut Kapit ( pic from mzbakery)
German Cookies pic from mysingaporekitchen.com  
Biskut Suji ( pic from passionbite blogspot) . Cuma biskut suji kita ada mengandungi minyak sapi.


Balkan Tulumbe Pastries. Serbian Dessert. Ini ala ala nekbat sebenarnya ( pic from http://easteuropeanfood.about.com)
Our local Nebat. (pic from http://penaberkala.blogspot.com)
Original cats tongue. (pic from goodtoknow.uk)
Originally hails from SPAIN and named as a Lenguas De Gato
Biskut Lidah Kucing Pelangi. ( pic from Citrasawan) 
So far I have these much pictures. Ada lagi...tapi akan di update lagi ok. buhbyE!

Tuesday, July 23, 2013

Juadah Berbuka

My nutella puff pastry

Tiap kali Ramadan tiba, my concern pasti tentang nak berbuka di mane..di rumah sendiri atau rumah ibu ku. Obviously memang lagi seronok berbuka bersama ibu dan ayah. Paling paling ibu ku yang suka memasak. Gambar di bawah ni memang dia dan saya yang masak tapi bukan bulan ramadan pun ibu tetap masak banyak tiap tiap hari. 

Jangan salah sangka....memang tak pula membazir. Selalu dia simpan dalam peti sejuk mane yang tak habis dan keep on reheating food. Thank you microwave. hihi. Ibu tak pernah berkira tentang makan dan bersedekah. I guess rezekinya insyaAllah tak pernah putus. I love her to the bone. Tiap kali masak...dia akan fikir anak menantu dan anak dia punya favourite. Alhamdulillah suami ku pun sayang ibuku bagaikan ibu dia sendiri. I guess food does play major role dalam hal ni. hihi. Thank you mom you are the best. 


Lauk ayam masak lemak, ikan kembung masak asam pedas, ayam masak kicap, kebab daging,  sup sayur, kuih akok, karipap, donut, cekodok, buah melaka dan kueh tako. 

Ayah pula memang jaga permakanan dia. Umur dah 73 tahun tapi sakit sakit tiada kecuali lemah badan sikit je. Dia sungguh disiplin bab makan....yang mane uric asid tinggi memang dia  cuba tak makan. Badan tak pernah gemuk...tak macam anak dia ni. :)

Daging masak lemak, ikan kembung dan bawal goreng, sotong goreng, ayam goreng rempah, sambal belacan, krim karamel dan oren.

Masa berlalu sungguh pantas, teringat pada arwah wan yang sering mementingkan anak cucu punya makanan tiap kali balik berbuka di kampung. Tak nak ibaskan balik...nanti menangis tak sudah. Cara ibu banyak menunjukkan dia mengikuti cara wan melayan tetamu. Memang handal...tapi tak semua sanggup lakukan. Ada yang merungut kene buat kerja banyak...tapi bagi saya...makanan ni lah cara yang paling senang untuk merapatkan silaturahim. In fact I always cook with my husband at home. Sambil masak...sambil borak. 

Sayur masak lemak, ikan siakap masak sweet n sour, rebung dan udang masak lemak, burung puyuh goreng, ikan bilis goreng bawang, sambal belacan, karipap, satay, mangga dan samperit. 

Bab makan ni...lupa pula...jangan lah berkira sangat. Kalau tetamu datang 4 orang, jadi lah orang yang bijak pandai, kalau duit tak seberape....beli ikan murah tapi banyak. Tak pun sup kaki ayam dan campurkan sayuran di dalam. Kadang terasa hati bila orang jamu makan tapi ikan seekor untuk 4 orang makan. Bukan nak mengata...tapi segannya nak makan. Tak makan salah...nak makan pun salah. :( 

my latest soup....sedapnya. Potato with brocolli. Yum. 

Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita hamba yang lebih baik. Setiap insan tak akan lari dari melakukan kesilapan cuma ramai antara kita yang lupa tentang kesyukuran. Jauhkan lah dari sikap bongkak , riak, dendam, dengki dan takbur. Rata rata itu yang jelas sekarang orang perkatakan walaupun di dalam bulan yang mulia ini. Baik yang alim dan tidak....dunia hanyalah sementara. Apa apa pun.....jangan berhenti bersedekah lepas ramadan ni ye. Reminder to myself juga. Bubye!



Monday, July 22, 2013

Biskut Raya . Samperit


Finally dapat jugak siapkan beberape kotak samperit ni. Maaf tak advertise kali ni sebab takut tak mampu nak fulfill permintaan semua. Anyways....if interested....cepat cepat lah booking. First come first serve. Limited edition. Sesiapa yang jaga badan tu di sarankan bersenam setelah makan. Biskut ni sungguh lemak dan berkrim. Melt in the mouth terus. Makan sekeping tak cukup. Makan berkeping keping...naik badan lah pula. hihi. 


Sambil buat samperit..sambil mengunyah. 


Dah lah mengunyah reena wei. 



Sugar cookies anak yatim


Cute tak? Sugar cookies ni simple je. Cookies ni akan di beri pada anak anak yatim pada malam jamuan berbuka puasa.


Rasa sayu di hati pun ye bila teringatkan budak budak ni. Kita yang mempunyai ibu bapa kadang lupa untuk menghargai apa yang kita ada. Kadang terasa kecil hati melihat orang yang kita kenali bersikap kasar dengan   ibu dan bapa meraka. Alhamdulillah...I love my mom and dad. Tiada siapa yang lari dari membuat silap...tapi hargailah apa yang kita ada ini. Mudah mudahan ibu dan ayah panjang umur..Aminnn. 



Cookies dan siap bungkus. Total semua 140 bags. 

To order or any inquiry please contact us.

Email : reenasugarshop@gmail.com

Facebook : Reena'sSugarShop

Mobile No : +6012 333 6918 (whatsapp/sms)



Hope you like it adik adik. Senyum ye. 

Sunday, July 21, 2013

Salad Mandarin


Sendiri punya creation...suka suka hati letak nama Salad Mandarin. hihi.. Okay....salad ni ada mandarin orange slices, avacado dan mixed green salad. 

Untuk Vinaigrette...saya letakkan 
2 sudu teh jus oren
1 sudu teh minyak zaitun
2 sudu teh dijon mustard
1/4 sudu teh  garam

(gaulkan semua dalam satu mangkuk dan drizzle kan pada salad)

Terasa enak sekali!

Ketam masak Teow Chu


Kisah ketam bersama Teow Chu...hihi.. My favourite...oopss...rasanya rata rata semua orang suka makan ketam. Kalau nak beli ketam...tunggu time bulan penuh....for sure ketam gemuk gemuk belaka. My housing area ni kalau nak beli ketam memang sedia ada. Price wise dari RM 18 ke RM 25 sekilo. 

Okay...back to the ketam. Bersihkan ketam potong saiz yang bersesuaian. As for the sos teow chu pula....tumbuk bawang merah, bawang putih, teow chu biasa dan teow chu pedas bersama dalam batu lesung. 

Dalam kuali berasingan, tuangkan minyak sedikit dan goreng ketam sehingga masak. Minyak tak perlu banyak....tapi untuk pastikan ketam masak, tutup periuk dengan tudung periuk. Wap panas akan menolong untuk masakkan ketam itu. Bila ketam dah masak, keluarkan .

Tumiskan bahan yang di tumbuk itu, tak perlu masukkan garam dah...tapi masukkan gula...secukup rasa. Kemudian masukkan ketam. Kacau dan hidangkan panas. Yum!

Friday, July 19, 2013

Homemade Apple Pie

Will update the cooking method asap.

Cerita Epal...not ala snow white. Ceritanya bermula bila fikir nak berbuka apa nanti. Nak beli apple pie sebenarnya senang je. Drive thru Mc D kan ade. Tapi kesian pulak epal yang dah lama di beli ni. Terus niat nak buat apple pie sendiri. Senang je buat fillingnya. Make sure apple yang di beli tu keras...such as granny smith, gala..dll. 


Ok..dah dapat epal dah? Buangkan kulit dan potong dadu. Depend on you nak besar mane potongannya. 
As .for the puff pastry...beli je di kedai. Murah pun murah. Only RM 5 je. 



Letakkan epal di dalam periuk bersama dengan gula halus. Gula tu depending on you nak banyak mane. 


Masak dengan api sederhana besar. Nampak tak buih buih tu? Buih tu datang dari epal...isi epal mengandungi udara. Pori pori udara kecil. So...jangan pulak risau kalau kalau gula tu akan hangus. Semasa epal di masak, masukkan secubit buah pala (nutmeg) dan 1 sudu kecil serbuk kayu manis. Buah pala tu make sure masukkannya sebab bau dan rasa lagi sedap. Masak sehingga epal rasa empuk...tapi kalau sesiapa yang sukakan isi yang keras...boleh saja. Up to you to decide. 



Ok...gambar epal pie dah siap lah pulak. Lupa nak snap time letakkan filling dalam puff pastry tu. Anyway...
sedia kan pastry dan letakkan filling yang telah di sejukkan. lipatkan pastry dan lekatkan bahagian tepi dengan kuning telur. Make sure sapukan kuning telur di bahagian atas pastry juga. Bakar hingga pastry kembang dan garing. Oven temp around 175 C...selama 20 ke 30 minit. 

Selamat mencuba!

Samperit untuk raya. Hurray!


Setiap kali nak raya ...mesti ulang cerita yang sama. Nak buat biskut apa...kek apa...nak jual apa...dll. 
Sebenarnya nak jadikan cerita memang malas nak buat biskut ni. Nak tekan tekan tu yang tak tahan tu. Niat tak nak buat biskut pun nak jual kek je..tapi Alhamdulillah memang ada loyal customer yang eager  nak beli biskut chocolate chip dan samperit ni. 


Lepas di fikirkan masak masak...ok lah...jual jugak lah biskut raya kali ni. Sakit lepas operation pun sebenarnya tak habis lagi. Tak pe lah...rezeki jangan di tolak kan? 


Cuba tengok gambar di atas tu...jarang jarang letak biskutnya. tak ke rugi gas? hehehehe....nampak sangat buat samperit ni sekali setahun. Apa apa pun...sedap biskut ni. Gemuk le lagi raya ni. Menjadi jadi naiknya. hihi. 

Tahniah Leila



Red velvet for dearest liza