Tuesday, July 07, 2015

Cream Cheese Pound Cake


Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog reena ni. Sibuk dengan kerja dan juga hal keluarga sampai tak cukup waktu nak taip resepi bagai. Memandangkan lama sangat tak update, mulai dari hari ni, reena akan cuba share resepi yang penah di cuba. Dari segi cake ordering, still di terima tapi perlukan 3 hari notice untuk reena bake.

Kek di bawah adalah salah satu kek yang sangat sedap dan mudah. Pastikan guna bahan bahan yang premium untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Nak bahan murah pun boleh, tapi sekali sekala nak buat kek kan, gunalah bahan yang terbaik ya.

Kek Paun Cream Chreese {Cream Cheese Pound Cake}
Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan butter, {suhu bilik}
  •  230 gram cream cheese, {suhu bilik}
  • 3 cawan gula
  • 6 biji telur saiz A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar esen vanila
Cara-Cara.
1. Pukul butter dan cream cheese sederhana laju {jangan pukul terlampau lama}

2. Perlahan-lahan masukkan gula di dalam adunan semasa di pukul
3. Masukkan telur satu per satu {pastikan telur di pukul sedikit di dalam bekas berasingan}
4. Ayak tepung bersama garam dan perlahan lahan masukkan kedalam adunan. Pukul perlahan sampai sebati. Akhir sekali masukkan esen vanila.

5. Masukkan kedalam adunan {bundt pan} , masak pada kepanasan 150 celcius selama 1 jam.


Kek ni padat tapi lemak dan wangi. Memang sedap di makan sambil minum kopi.


Cubalah resepi ni, happy baking!~

No comments:

Post a Comment