Wednesday, June 01, 2016

Biskut Samperit

 Lagi posting biskut biskut yang sering di buat bila tiba hari raya. Nak share resepi biskut samperit lah pulak kali ini. Samperit ni sebenarnya macam sugar cookies juga cuma biskut ni ade campuran 2 ke 3 jenis tepung. Kalau sugar cookies tu, 1 jenis tepung sahaja. Pastikan guna butter ye yang enak ye. 

Biskut Samperit
300 gram butter
200 gram gula aising
100 gram tepung jagung
160 gram tepung kastard
240gra tepung gandum
2 biji kuning telur

Kepanasan Oven. 150 C.

1. Ayakkan semua tepung dan ketepikan.
2. Pukul butter bersama gula aising hingga kembang
3. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati
4. Masukkan tepung dan pukul lagi. Jangan terlalu lama, nanti biskut jadi keras.
Terapkan atas loyang dan bakar selama 20 minit atau lebih, terpulang kepada oven masing-masing.

Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment