Cerita Epal...not ala snow white. Ceritanya bermula bila fikir nak berbuka apa nanti. Nak beli apple pie sebenarnya senang je. Drive thru Mc D kan ade. Tapi kesian pulak epal yang dah lama di beli ni. Terus niat nak buat apple pie sendiri. Senang je buat fillingnya. Make sure apple yang di beli tu keras...such as granny smith, gala..dll.
Ok..dah dapat epal dah? Buangkan kulit dan potong dadu. Depend on you nak besar mane potongannya.
As .for the puff pastry...beli je di kedai. Murah pun murah. Only RM 5 je.
Letakkan epal di dalam periuk bersama dengan gula halus. Gula tu depending on you nak banyak mane.
Masak dengan api sederhana besar. Nampak tak buih buih tu? Buih tu datang dari epal...isi epal mengandungi udara. Pori pori udara kecil. So...jangan pulak risau kalau kalau gula tu akan hangus. Semasa epal di masak, masukkan secubit buah pala (nutmeg) dan 1 sudu kecil serbuk kayu manis. Buah pala tu make sure masukkannya sebab bau dan rasa lagi sedap. Masak sehingga epal rasa empuk...tapi kalau sesiapa yang sukakan isi yang keras...boleh saja. Up to you to decide.
Ok...gambar epal pie dah siap lah pulak. Lupa nak snap time letakkan filling dalam puff pastry tu. Anyway...
sedia kan pastry dan letakkan filling yang telah di sejukkan. lipatkan pastry dan lekatkan bahagian tepi dengan kuning telur. Make sure sapukan kuning telur di bahagian atas pastry juga. Bakar hingga pastry kembang dan garing. Oven temp around 175 C...selama 20 ke 30 minit.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment