Wednesday, August 07, 2013

Wajik Wan Pilah

Santan dan gula melaka...make sure gula melaka yang ori . ( Orang pilah panggil gula anau)

Minggu lepas sedang berborak dengan sepupu ku....teringin datin teringat pula wajik arwah wan buat. Rasa sayu dan sebak pun ada sebab kali ni adalah kali pertama wan tiada bersama kami semua. Arwah wan ni pandai buat wajik, dodol, lemang, kuih sirat and also kuih halwa maskat (macam turkish delights la)
Periuk tembaga pun ada dan sangat sesuai kalau nak buat kuih halwa maskat tu. 

Bebalik pada cerita wajik....so I decided to call ibu . She agreed to make since I told her I want to learn to make wajik. 

Pulut yang di kukus. Ada juga yang di tanak...but I prefer wajik keras...(berderik pulut nya)....so kukus lah kita ye. 

Masukkan juga gula pasir...kacau...dan kacau

dan kacau.....masukkan daun pandan juga. Kacau gula ni sampai pekat..which will take almost 1 1/2 hours. Depending banyak mane gula dan santan. Jangan masukkan pulut semasa gula Tidak lagi pekat kerana pulut akan jadi terlampau kembang...(me don't like) .

Bila gula dah pekat keluarkan daun pandan dan masukkan pulut. Kecilkan api. Kacau sampai mengelegak...kacau dan kacau. 

Padamkan api dan masukkan dalam loyang. hihi...sedappppppppppp. 
Maaf sebab tak dapat beri sukatan resepi sebab since this is my first time buat tapi pulut tu ibu yang buat...dan semua sukatan telah dia buat terdahulu oleh ibu. Once I make it on my own...insyaAllah...will share it with you. Meanwhile...you can try on your own...sebab bahannya sikit sahaja cuma kuantitinya yang banyak. Gula pasir...gula melaka, santan , daun pandan dan pulut. 

Rasa macam nak je jual wajik next year tapi tak tahan lama kalau tak letak dalam peti ais. Kene lah simpan dalam perut cecepat. :)


No comments:

Post a Comment