Pagi semua, hari ni nak kongsi my soft chocolate brownie cookie. Ok, cookie ni jenis lembut, ala ala brownie gitu. Actually Reena memang suka soft cookie than the crunchy ones. Cookie ni agak besar saiznya, bahagian dalam pun lembut dan kalau makan terus dari oven, sangat lah sedap sebab chocolate chipnya panas dan lembut. Cookie ni sedap di makan bersama kopi atau pun bersahaja.
Soft Chocolate Brownie Cookie
Suhu Oven. 175C.
250 gram unsalted butter - sejuk
1 1/4 cawan gula halus
2 biji telur saiz A
1/2 cawan serbuk koko, pastikan koko yang berkualiti tinggi
2 1/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan semi sweet chocolate chips
1 1/2 cawan peanut butter chip
Cara-caranya.
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.{pastikan telur di kacau di dalam bekas kecil dahulu sebelum di masukkan kedalam adunan)
3. Masukkan serbuk koko dan pukul lagi Jangan lama, nanti biskut akan keras bila dah masak.
4. Campurkan tepung, garam dan baking powder dengan cara kaedah kaup. Kemudian masukkan chocolate chips.
5. Scoop adunan menggunakan ice cream scoop dan letak di atas loyang. Biskut akan mengembang, pastikan jarak biskut anda. Kalau tak nak biskut kembang sangat, masukkan kedalam peti ais selama 30 minit, kemudian scoop keatas loyang dan bakar.
6. Bakar selama 20 minit sahaja.
Selamat Mencuba
Sedap!