Assalam semua, Satu Syawal hampir tiba. Sudah hampir sebulan berpuasa, cepat masa berlalu. Pejam celik....cookies untuk di jual pun dah siap. Sekarang my time to bake my own raya cookies. Cookies yang paling senang dan sedap untuk raya ialah cornflakes. hihi.
Bahan bahan untuk cornflakes cookies ni senang sahaja. Masukkan butter, gula dan madu dalam periuk kecil dan masak atas api kecil. Pasti kan sentiasa kacau bahan bahan tersebut. Padam api setelah butter dan gula larut. Sukatan butter, gula dan madu bergantung kepada masing-masing. Sama ada nakkan manis atau buttery.
Dalam bekas berlainan, gaulkan cornflakes dan almond slices or nips bersama. Perlahan lahan masukkan larutan gula tadi ke atas cornflakes. Pecah pecahkan cornflakes untuk menyenangkan kerja ke dalam acuan.
|
Gunakan sudu sukatan untuk memasukkan cornflakes ke dalam acuan |
|
rupa cornflakes sebelum bakar |
|
taburkan manik warna ke atas cornflakes sebelum bakar. |
|
Rupa cornflakes madu yang dah siap. Selamat mencuba. |
No comments:
Post a Comment