Showing posts with label Raya Cookies. Show all posts
Showing posts with label Raya Cookies. Show all posts

Tuesday, August 06, 2013

Bunga Samperit


Raya is coming..and guess wat...I don't have my own raya cookies. Dalam gambar ni sebenarnya untuk diri sendiri...tapi last min ade je tak cukup. Lucky thing buat biskut ni tak susah cuma nak menekan nekan tu yang ambil masa. 


I just realised if using butter untuk buat samperit ni memang hampir hancur di buatnya...terlampau rapuh . No wonder ramai yang gunakan marjerin..and yes..marjerin is the best for this recipe. By the way...kepada customer yang tak henti henti mengorder samperit ni...I thank you all. Didn't know this cookie become a big hit for this raya. InsyaAllah ...I will make and sell more next year around with cheaper price since tak nak pakai butter dah. :)

Thank you ...thank you...thank you. Love you all. Alhamdulillah. 

Monday, August 05, 2013

Corn Flakes Madu


Assalam semua, Satu Syawal hampir tiba.  Sudah hampir sebulan berpuasa, cepat masa berlalu. Pejam celik....cookies untuk di jual pun dah siap. Sekarang my time to bake my own raya cookies. Cookies yang paling senang dan sedap untuk raya ialah cornflakes. hihi. 

Bahan bahan untuk cornflakes cookies ni senang sahaja. Masukkan butter, gula dan madu dalam periuk kecil dan masak atas api kecil. Pasti kan sentiasa kacau bahan bahan tersebut. Padam api setelah butter dan gula larut. Sukatan butter, gula dan madu bergantung kepada masing-masing. Sama ada nakkan manis atau buttery. 

Dalam bekas berlainan, gaulkan cornflakes dan almond slices or nips bersama. Perlahan lahan masukkan larutan gula tadi ke atas cornflakes. Pecah pecahkan cornflakes untuk menyenangkan kerja ke dalam acuan. 


Gunakan sudu  sukatan untuk memasukkan cornflakes ke dalam acuan

rupa cornflakes sebelum bakar

taburkan manik warna ke atas cornflakes sebelum bakar. 

Rupa cornflakes madu yang dah siap. Selamat mencuba. 

Saturday, July 27, 2013

Biskut biskut raya

chocolate chip dough

Alhamdulillah sekarang ni in the making to finish my chocolate chip cookies for raya. Suprisingly lepas check list yang di order I am short of 28 boxes. Nak tak nak kene siapkan jugak and I am lucky because my cousin willing to help me bake. 

Actually I have something to share here about my life...sometimes I get remarks saying how lucky I am that I have so much ample time in my hand because I am a housewife. Mind you...I am not 100% a housewife. I am a baker plus a housewife, a mom, a daughter, a daughter in law, a sister and a sister in law. I get funny ( more like ayat perli)  remarks as if I live in a fairytale world and as if I don't do work and simple duduk lenggang kangkung mak limah. Seriously...and yes seriously I get offended by it because I  work hard to where I belong ...either in relationship nor my baking. 

Please learn and train yourself to appreciate every single things in life and from there InsyaAllah tiada lah perasaan hasad dengki pada orang tak tentu pasal. 

Life is never easy, you have to work everything single day. Don't compare your life with other people because they have sets of problems too. My life and yours are not the same but always make the best out of it. When you are grateful with what you have...you will feel happy,  smile more and positive energy will surround you. Positive vibes works the best. 

If you find life is too hard..of course we there is Allah SWT to turn too but you can make changes in life as well. Change is always good...especially positive changes. Learn not to complain and if you do...as yourself what do you get by complaining to comparing your life with others? Actually tak de kepentingan pun kecuali diri sendiri nak menjadi orang yang lebih berjaya. Kalau setakat memperli kerana iri hati...hentikan lah...kerana diriku hanyalah manusia biasa. 

More chocolate chip dough
More to go. 
Just to share with you my samperit labeling. Simple je. :)
More samperit and chocolate chip to come. Alhamdulillah. 

Thursday, July 25, 2013

Samperit Lagi


Samperit lagi. Somehow I kind of like baking this cookie. Theraputic pun ye. At first I didn't feel like selling cookies this coming raya as I am still in my recovering period but it feels empty when you just sit and do nothing. Finally few days before puasa, I decided to sell biskut raya. Hope everything goes well. InsyaAllah ...I will finish my cookies on time.



I have not print out the label for my cookies. Will share with you once done. Byeeeeee




Monday, July 22, 2013

Biskut Raya . Samperit


Finally dapat jugak siapkan beberape kotak samperit ni. Maaf tak advertise kali ni sebab takut tak mampu nak fulfill permintaan semua. Anyways....if interested....cepat cepat lah booking. First come first serve. Limited edition. Sesiapa yang jaga badan tu di sarankan bersenam setelah makan. Biskut ni sungguh lemak dan berkrim. Melt in the mouth terus. Makan sekeping tak cukup. Makan berkeping keping...naik badan lah pula. hihi. 


Sambil buat samperit..sambil mengunyah. 


Dah lah mengunyah reena wei. 



Friday, July 19, 2013

Samperit untuk raya. Hurray!


Setiap kali nak raya ...mesti ulang cerita yang sama. Nak buat biskut apa...kek apa...nak jual apa...dll. 
Sebenarnya nak jadikan cerita memang malas nak buat biskut ni. Nak tekan tekan tu yang tak tahan tu. Niat tak nak buat biskut pun nak jual kek je..tapi Alhamdulillah memang ada loyal customer yang eager  nak beli biskut chocolate chip dan samperit ni. 


Lepas di fikirkan masak masak...ok lah...jual jugak lah biskut raya kali ni. Sakit lepas operation pun sebenarnya tak habis lagi. Tak pe lah...rezeki jangan di tolak kan? 


Cuba tengok gambar di atas tu...jarang jarang letak biskutnya. tak ke rugi gas? hehehehe....nampak sangat buat samperit ni sekali setahun. Apa apa pun...sedap biskut ni. Gemuk le lagi raya ni. Menjadi jadi naiknya. hihi. 

Tuesday, September 11, 2012

Samperit susu

Samperit ni memang sedap dan rapuh. Cuba lah buat. Resepi di ambil dari http://zachoes.blogspot.com
Terima Kasih.

Samperit Susu

Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

NOTE:
  1. Ku guna susu  pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
  2. Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
  3. Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
  4. Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..

Monday, July 11, 2011

SweetSugar Chocolate Chips





"All Time Favourite Cookies" kini boleh di dapati dari MySweetSugarShop.
Terdapat dua perisa kegemaran ramai "Dark Chocolate Chips with Almond"
dan "Chocolate Chip" dengan harga RM23 sekotak.
Sila Hubungi 012-333 6918 untuk tempahan.
Kiriman melalui pos disediakan.

Nota:
Tempahan untuk Aidil Fitri 2011 dibuka.
Salam dari SweetSugarShop